PENGUJIAN SISTEM

PENGENALAN

Pengujian Sistem adalah salah satu proses dalam System Development Life Cycle (SDLC) bagi memastikan sistem yang dibina dapat berjalan dengan lancar. Pengujian sistem merupakan ujian atau siasatan yang dijalankan untuk membekal informasi tentang kelebihan, kualiti atau risiko yang sedang dibangunkan.


OBJEKTIF PENGUJIAN SISTEM

Objektif pengujian sistem bergantung kepada matlamat dan keperluan sistem yang hendak dibangunkan.
Antara objektif pengujian sistem adalah:

  • Mencari kesalahan / pepijat (error/bugs) di dalam sistem yang disebabkan oleh pembangun sistem.
  • Untuk mengelakkan kecacatan sistem.
  • Untuk memastikan produk yang dihasilkan memenuhi kehendak pengguna dan pelanggan.
  • Meningkatkan kebolehpercayaan sistem dari segi kualiti.
  • Untuk meningkatkan aras keyakinan pengguna dengan memberikan sistem yang berkualiti.

PRINSIP PENGUJIAN SISTEM

Ada beberapa prinsip yang perlu diambil kira sebelum memulakan pengujian bagi memastikan setiap pembangun sistem jelas dengan tujuan dan matlamat pengujian sistem dilakukan.
Antara prinsip pengujian sistem adalah:

  • Pengujian sistem bertujuan untuk membuktikan kewujudan kecacatan sistem.
  • Pengujian secara menyeluruh adalah hampir mustahil.
  • Cara pengujian sistem adalah mengikut jenis-jenis sistem.
  • Pengujian dilakukan seawal semasa pengumpulan keperluan pelanggan.

FAKTOR KEGAGALAN SISTEM

  • Pepijat (bugs) yang wujud dalam kod aturcara.
  • Kesalahan / kesilapan (error) yang terjadi apabila pembangun sistem/ jurutera sistem (system engineer) tidak memahami kehendak sistem (system requirement) atau spesifikasi reka bentuk (design specification)


PROSEDUR PENGUJIAN SISTEM

Prosedur ini melibatkan beberapa fasa yang dikenali sebagai Software Testing Life Cycle (STLC). Fasa ini dijalankan untuk menguji sesebuah sistem atau perisian yang dibangunkan.

  1. Analisis Keperluan (Requirement Analysis / Design View)
  2. Perancangan Pengujian (Test Planning)
  3. Reka Bentuk Kes Pengujian (Test Case Development / Test Designing)
  4. Pembangunan Persekitaran Pengujian (Environment Setup)
  5. Pelaksanaan Pengujian (Test Execution)
  6. Penutupan Pengujian & Laporan (Test Cycle Closure / Test Reporting)


KAEDAH PENGUJIAN

  1. Pengujian Statik

    Pengujian statik dilakukan secara manual dan dilakukan ke atas sistem yang belum dilarikan (executed). Proses ini bermula di awal fasa pembangunan sistem dan dilakukan semasa proses verifikasi sistem. Terdapat beberapa jenis pengujian statik:

         1.1 Walkthrough

         Walkthrough memberi kefahaman dan maklumat tentang sistem. Proses ini dikendalikan oleh pembuat dokumen pengujian dan pembangun sistem. Mereka menerangkan tentang sistem dan bertanya pendapat daripada ahli lain.

         1.2 Ulasan (Review)
         Proses ini bertujuan untuk memberi ulasan dan kritik terhadap dokumen pengujian dan sistem yang dibangunkan. Ahli yang terlibat dalam mesyuarat bukan terdiri daripada kumpulan pembangun sistem. Setiap ahli yang terlibat perlu membaca dan menilai dokumen serta mencari dan memperbetulkan kecacatan yang wujud dalam sistem.

         1.3 Pemeriksaan (Inspection)
         Proses ini adalah formal  dan biasanya melibatkan ahli-ahli yang pakar seperti moderator, producer dan reviewer.
    Moderator bertanggungjawab memastikan prosedur pemeriksaan dijalankan dengan lancar dan memastikan sistem sudah bersedia untuk dibuat pemeriksaan.
    Producer merupakan orang yang terlibat dalam pembangunan sistem dan mengemaskini sistem setelah proses pemeriksaan selesai.
    Reviewer bertanggungjawab untuk menilai, menganalisa dan mengesan kecacatan pada sistem.

  2. Pengujian Dinamik
     
    Pengujian dinamik akan dilakukan semasa sistem dilarikan (execute) dan memerlukan komputer untuk dilaksanakan. Ia penting bagi memastikan setiap kefungsian sistem dapat diuji. Maklumat semasa sistem dijalankan seperti penggunaan memori, penggunaan CPU, jangka masa respon akan dianalisis dan direkod. Terdapat beberapa jenis pengujian dinamik:

         2.1 Kotak Hitam

         Pengujian ini dilakukan untuk menguji kefungsian sesebuah sistem tanpa memerlukan pengetahuan tentang kod yang ditulis. Sistem akan dijalankan secara menyeluruh dan semua fungsi sistem akan diuji.

         2.2 Kotak Putih

         Pengujian ini dilakukan pada aras (level) kod di mana setiap baris kod diuji bagi menentukan kadar efisiensi sistem dan setiap baris kod menghasilkan output seperti yang dijangkan. Pengujian ini perlu dilakukan oleh penguji yang mempunyai pengetahuan aturcara.

3 comments: