PENGUJIAN SISTEM

PENGENALAN

Pengujian Sistem adalah salah satu proses dalam System Development Life Cycle (SDLC) bagi memastikan sistem yang dibina dapat berjalan dengan lancar. Pengujian sistem merupakan ujian atau siasatan yang dijalankan untuk membekal informasi tentang kelebihan, kualiti atau risiko yang sedang dibangunkan.


OBJEKTIF PENGUJIAN SISTEM

Objektif pengujian sistem bergantung kepada matlamat dan keperluan sistem yang hendak dibangunkan.
Antara objektif pengujian sistem adalah:

  • Mencari kesalahan / pepijat (error/bugs) di dalam sistem yang disebabkan oleh pembangun sistem.
  • Untuk mengelakkan kecacatan sistem.
  • Untuk memastikan produk yang dihasilkan memenuhi kehendak pengguna dan pelanggan.
  • Meningkatkan kebolehpercayaan sistem dari segi kualiti.
  • Untuk meningkatkan aras keyakinan pengguna dengan memberikan sistem yang berkualiti.

PRINSIP PENGUJIAN SISTEM

Ada beberapa prinsip yang perlu diambil kira sebelum memulakan pengujian bagi memastikan setiap pembangun sistem jelas dengan tujuan dan matlamat pengujian sistem dilakukan.
Antara prinsip pengujian sistem adalah:

  • Pengujian sistem bertujuan untuk membuktikan kewujudan kecacatan sistem.
  • Pengujian secara menyeluruh adalah hampir mustahil.
  • Cara pengujian sistem adalah mengikut jenis-jenis sistem.
  • Pengujian dilakukan seawal semasa pengumpulan keperluan pelanggan.

FAKTOR KEGAGALAN SISTEM

  • Pepijat (bugs) yang wujud dalam kod aturcara.
  • Kesalahan / kesilapan (error) yang terjadi apabila pembangun sistem/ jurutera sistem (system engineer) tidak memahami kehendak sistem (system requirement) atau spesifikasi reka bentuk (design specification)


PROSEDUR PENGUJIAN SISTEM

Prosedur ini melibatkan beberapa fasa yang dikenali sebagai Software Testing Life Cycle (STLC). Fasa ini dijalankan untuk menguji sesebuah sistem atau perisian yang dibangunkan.

  1. Analisis Keperluan (Requirement Analysis / Design View)
  2. Perancangan Pengujian (Test Planning)
  3. Reka Bentuk Kes Pengujian (Test Case Development / Test Designing)
  4. Pembangunan Persekitaran Pengujian (Environment Setup)
  5. Pelaksanaan Pengujian (Test Execution)
  6. Penutupan Pengujian & Laporan (Test Cycle Closure / Test Reporting)